𝐑𝐌𝟑𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐊𝐚𝐫𝐩𝐞𝐭 & 𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝
Sabtu,3 Januari
Penganjuran ini bukan sahaja sebagai alternatif kepada kutipan sumbangan, malah menyatukan ahli kariah dan juga komuniti setempat yang turut serta.
Sebanyak 26 buah pasukan telah mendaftar, termasuk masjid-masjid sekitar menyaksikan jalinan ukhuwah dipereratkan melalui aktiviti sukan bowling.
Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato' Mokhar Kamirun selaku Nazir Masjid Nadhah Al Islam, dan turut dihadiri barisan pengurusan Kelab Pingpong Masjid Nahdhah Al Islam diwakili Abg Suhaime selaku pengerusi kelab.
Hadiah dan hamper juga turut menerima tajaan daripada pelbagai penaja di samping kemeriahan dan keseronokan dibawa pulang bersama.
(Sorotan gambar)
No comments:
Post a Comment