Sunday, August 2, 2026

𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜







𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Program Kesedaran Kesihatan yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Masjid Nahdhah Al-Islam, Seksyen 18, Shah Alam

Antara pengisian program :
- Cek 1 Titik Darah melalui Mikroskop (Analisis Morfologi Darah)
- Terapi Sauna Haba Zetta Wellness (30 minit seorang)
- Penerangan mengenai keadaan darah dan kepentingan penjagaan kesihatan

PERCUMA untuk 30 jemaah terawal!

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui keadaan kesihatan anda melalui saringan awal serta merasai pengalaman Terapi Sauna Haba Zetta Wellness.
Ayuh hadir bersama ahli keluarga, jiran dan sahabat. Semoga ikhtiar ini menjadi langkah awal ke arah kehidupan yang lebih sihat.

“Jaga Kesihatan Sebelum Datangnya Sakit.”

Saturday, May 30, 2026

𝗣𝗲𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗡𝗮𝗵𝗱𝗵𝗮𝗵 𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 (𝗠𝗡𝗜) 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭𝟴 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿.

 𝗣𝗲𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗡𝗮𝗵𝗱𝗵𝗮𝗵 𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 (𝗠𝗡𝗜) 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟭𝟴 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿.


Jika anda berada dalam lingkungan garisan ini, bermakna anda tinggal dalam kariah MNI.

Sijil Pendaftaran dan Sijil Perakuan Masjid Nahdhah Al-Islam Seksyen 18 Shah Alam

 

Siji Pendaftaran Masjid Nahdhah Al-Islam oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Sijil Perakuan Masjid Nahdhah Al-Islam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

Friday, May 22, 2026

SENARAI KUMPULAN IBADAH KORBAN MASJID NAHDHAH AL ISLAM TAHUN 2026


SENARAI PESERTA DAN KETUA KUMPULAN SERTA PENYEMBELIH LEMBU KORBAN TAHUN 2026













Catatan:
1) Taklimat kepada ketua kumpulan/Wakil
2) Akad Sembelihan
3) Petugas Lapah di Padang dan Sukarealawan Bawa Daging ke Khemah
4) Kaki-Kepala-Ekor (Ke Meja Urusetia)
5) Sisa ke lubang tanah

Sunday, January 11, 2026

Tajaan Iftar Berbuka Puasa di Masjid Nahdhah Al Islam Seksyen 18 Shah Alam

 

𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢!
Masih tercari-cari tempat untuk menaja iftar pada tahun ini?
Ayuh turut serta meraih pahala berganda dengan menyertai tajaan di Masjid Nahdhah Al Islam, Seksyen 18 Shah Alam.
Hubungi segera untuk tajaan.
Individu-Pasangan-Syarikat-Badan Kerajaan/Swasta-Badan Korporat-Usahawan amatlah digalakkan.

Saturday, January 3, 2026

𝐑𝐌𝟑𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧



𝐑𝐌𝟑𝟎𝟎𝟎.𝟎𝟎 𝐁𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐊𝐚𝐫𝐩𝐞𝐭 & 𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐢𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝
Sabtu,3 Januari
Ole Ole Shopping Cenre Shah Alam-Tahniah diucapkan kepada Kelab Pingpong Masjid Nahdhah Al Islam dan pihak yang terlibat di atas anjuran sukan bowling pada pagi ini.
Penganjuran ini bukan sahaja sebagai alternatif kepada kutipan sumbangan, malah menyatukan ahli kariah dan juga komuniti setempat yang turut serta.
Sebanyak 26 buah pasukan telah mendaftar, termasuk masjid-masjid sekitar menyaksikan jalinan ukhuwah dipereratkan melalui aktiviti sukan bowling.
Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato' Mokhar Kamirun selaku Nazir Masjid Nadhah Al Islam, dan turut dihadiri barisan pengurusan Kelab Pingpong Masjid Nahdhah Al Islam diwakili Abg Suhaime selaku pengerusi kelab.
Hadiah dan hamper juga turut menerima tajaan daripada pelbagai penaja di samping kemeriahan dan keseronokan dibawa pulang bersama.

(Sorotan gambar)


https://www.facebook.com/share/p/1HcXUReXWY/