Nama Penuh: Masjid Nahdhah al-Islam
Alamat: Masjid Nahdhah al-Islam , Jalan Nyiur 18/41, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor
Bagi ahli kariah yang menetap di Seksyen 18 Shah Alam, pasti tahu bahawa terdapat 3 buah masjid dalam Seksyen 18. Masjid Nahdhah al Islam bermula sebagai sebuah surau kayu dan dinaik taraf menjadi masjid pertama dalam Seksyen 18. Sehinggalah surau Azhariah yang hari ini turut dikenali dengan nama Masjid unta atau dinaik taraf melalui kebenaran perbincangan sama dengan jawatankuasa pengurusan Masjid Nahdhah al Islam untuk solat Jumaat, di samping dibangunkan Masjid Hidayah kerana populasi penduduk yang bertambah.
Di Seksyen 18 juga terdapat 3 buah surau beroperasi iaitu Surau al Amin bersebelahan laluan Bulatan Persiaran Seksyen 18 di jalan Palma, selain surau kuarters guru dan surau milik markaz tarbiyah Pas di Kompleks Pas Seksyen 18.

No comments:
Post a Comment